Pergi ke kandungan

Head & Shoulders

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Head & Shoulders
Jenis produkSyampu anti-kelemumur
PemilikProcter & Gamble
Negara asalAmerika Syarikat
DiperkenalkanNovember 1961; 62 tahun yang lalu (1961-11)[1]
PasaranDunia
Laman sesawangheadandshoulders.com Sunting ini di Wikidata


Head & Shoulders (H&S, tulisan Jawi : هيد & شولدرس) ialah jenama syampu anti-kelemumur yang dikeluarkan oleh Procter & Gamble dan menduduki tangga kedua untuk kategori jenama syampu anti-kelemumur di bawah Clear keluaran Unilever. Ketika ini, Head & Shoulders ialah lawan daripada Clear keluaran Unilever. Ia dilancarkan pada bulan Ogos 1960.

Penyelidik Procter & Gamble mula memperbuat syampu anti-kelemumur pada tahun 1950. Selepas menyiasat satu dekad, mereka berusaha menghasilkan formula baru yang memperkenalkan zink pyrithione ke dalam syampu.[2] Jenama ini diperkenalkan ke pasaran Amerika Syarikat pada bulan Ogos 1960 sebagai formula syampu biru dan hijau. Ketika ini, Head & Shoulders mempunyai sembilan jenis berbeza untuk pelbagai jenis rambut, dan formula Head & Shoulders ketika ini telah berubah warna kepada warna putih, selepas sebelumnya, Head & Shoulders mempunyai formula biru dan hijau.

Ramuan aktif

[sunting | sunting sumber]

Ramuan aktif dalam Clinical Strength Head & Shoulders (bahasa Melayu : Kuasa Klinikal Head & Shoulders) ialah selenium sulfida,[3] dengan pengecualian seluruh garisan produk syampu khas mengandungi zink pyrithione sebagai ramuan aktif.[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Davis, Dyer; dll. (1 Mei 2004). Rising Tide: Lessons from 165 Years of Brand Building at Procter and Gamble. Harvard Business Press. m/s. 423. ISBN 9781591391470. Dicapai pada 2013-05-07.
  2. ^ Head & Shoulders (zink pyrithione)
  3. ^ Risalah MSDS mengenai Syampu Head & Shoulders Clinical Strength (Kuasa klinikal Head & Shoulders) daripada Procter & Gamble
  4. ^ [1]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]